TAHNIAH! Pusat Penerbit UPM Menerima Anugerah Kedai Buku Terbaik Dan Anugerah Buku Mewah Terbaik 2023 | PENERBIT UPM
» BERITA » TAHNIAH! Pusat Penerbit UPM Menerima Anugerah Kedai Buku Terbaik dan Anugerah Buku Mewah Terbaik 2023

TAHNIAH! Pusat Penerbit UPM Menerima Anugerah Kedai Buku Terbaik dan Anugerah Buku Mewah Terbaik 2023

Majlis Anugerah Buku Negara 2023 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diadakan pada 22 Disember 2023 di Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Kedai Buku Penerbit UPM telah dinobatkan sebagai Kedai Buku Terbaik 2023 bagi Kategori Anugerah Industri manakala Buku Kuala Langat Selangor Precious dipilih sebagai Buku Mewah Terbaik 2023 Kategori Industri.

Buku Kuala Langat Selangor Precious ini ialah hasil tulisan Pengarah Pusat Penerbit UPM sendiri iaitu Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan dan Ketua Seksyen Jualan dan Pemasaran, Puan Herzadawati Mohd. Amjah bersama Puan Rathidevi Thevadas serta Encik Mat Irwan Ismail.

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan dan Puan Herzadawati Mohd. Amjah menerima anugerah-anugerah ini yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd. Ali Mohd. Rustam, Yang Di Pertua Negeri Melaka. Turut hadir menyampaikan anugerah ialah Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Semoga anugerah dan pencapaian yang diterima ini membakar semangat semua staf Pusat Penerbit UPM untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti.

Tahniah sekali lagi!

  

Tarikh Input: 13/02/2024 | Kemaskini: 13/02/2024 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEcBAK~