Pesanan boleh dibuat terus kepada Penerbit UPM atau melalui wakil pengedar kami. Pesanan melalui pos hendaklah disertakan dengan bayaran Cek Berpalang, Bank Draf, Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Bendahari Universiti Putra Malaysia dan di alamatkan ke Penerbit UPM. Tempoh penghantaran adalah dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh terima bayaran.
Penggantian
Kesemua jualan buku adalah muktamad dan pihak kami hanya menerima pemulangan buku rosak yang berpunca daripada pihak kami dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan. Setiap pemulangan buku hendaklah disertakan dengan resit pembelian.
Kemudahan Kredit
Kemudahan kredit hanya diberikan kepada pengedar/ wakil jualan yang di lantik oleh Penerbit UPM yang telah menunjukan rekod penjualan dan pembayaran yang baik.
Judul yang dirancang, iaitu judul yang dibina mengikut perancangan penerbitan bermula daripada peringkat cadangan judul. Penulis hendaklah mengemukakan :
Aplikasi eBook Store kepunyaan Penerbit UPM sendiri telah pun dilancarkan pada 27 September 2019 yang lepas dalam Majlis Perasmian Kedai Buku Penerbit UPM dan Apresiasi Karyawan 2019. Aplikasi yang dipanggil eBOOKS@Penerbit UPM ini menempatkan semua buku terbitan Penerbit UPM dalam bentuk digital (ebook) dan boleh dimuat turun di Google Playstore bagi pengguna peranti Android dan IOS. Dengan aplikasi ini pembaca boleh membeli, memuat turun dan membaca buku-buku terbitan UPM di mana sahaja mereka berada.
Klik Icon untuk Download Apps.
artikel
PJTAS Vol.47(1) Feb. 2024
Isu ini mengandungi 20 artikel, iaitu dua artikel ulasan, dua komunikasi pendek, sat kes kajian dan selebihnya artikel biasa. Penulis artikel terdiri dari pelbagai negara seperti namely Australia, Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia, Nigeria dan Thailand.
Pengarah Pusat Penerbit Menjadi Panelis Bengkel Strategi Penulisan Jurnal Berimpak di UKM
Pengarah Pusat Penerbit UPM, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan telah dijemput untuk menjadi Panelis dalam Bengkel Strategi Penulisan Jurnal Berimpak pada 5 Mac 2024 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Tan Sri Dato’ Abdul Jalil Hassan, Aras 2, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).