| PENERBIT UPM

Pesanan

Pesanan boleh dibuat terus kepada Penerbit UPM atau melalui wakil pengedar kami. Pesanan melalui pos hendaklah disertakan dengan bayaran Cek Berpalang, Bank Draf, Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Bendahari Universiti Putra Malaysia dan di alamatkan ke Penerbit UPM. Tempoh penghantaran adalah dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh terima bayaran.

Penggantian

Kesemua jualan buku adalah muktamad dan pihak kami hanya menerima pemulangan buku rosak yang berpunca daripada pihak kami dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan. Setiap pemulangan buku hendaklah disertakan dengan resit pembelian.


Kemudahan Kredit

Kemudahan kredit hanya diberikan kepada pengedar/ wakil jualan yang di lantik oleh Penerbit UPM yang telah menunjukan rekod penjualan dan pembayaran yang baik.

  1. Judul yang dirancang, iaitu judul yang dibina mengikut perancangan penerbitan bermula daripada peringkat cadangan judul. Penulis hendaklah mengemukakan :
  • Borang cadangan penerbitan
  • Borang biodata
  • Surat penyerahan cadangan judul
  • Contoh penulisan (2-3 bab penulisan draf)
  • klik sini utk keterangan lanjut
  1. Judul yang tidak dirancang, iaitu manuskrip yang diterima di luar perancangan penerbitan. Penulis hendaklah mengemukakan : Borang cadangan penerbitan
  • Borang biodata
  • Surat penyerahan bahan lengkap
  • Surat izin penerbitan, sekiranya ada bahan yang dipetik daripada sumber lain
  • Manuskrip lengkap yang bercetak beserta ilustrasi dan disket atau CD-ROM.
  • klik sini utk keterangan lanjut
  1. Manuskrip hendaklah bertaip komputer langkau dua baris menggunakan perisian yang sesuai, contohnya MS Word.
  2. Manuskrip hendaklah dicetak di atas kertas putih saiz A4 yang berkualiti.
  3. Cetakan komputer hendaklah jelas.
  4. Manuskrip tulisan tangan tidak diterima.
  5. Bahan yang dihantar hendaklah merangkumi :
  • Manuskrip lengkap berserta disket/CD_ROM.
  • Surat penyerahan bahan.
  • Surat keizinan penerbitan daripada penulis/penyumbang/penerbit asal sumber bahan.
  • muat turun borang penyediaan manuskrip disini

Anda boleh membuat belian secara dalam talian menerusi laman web berikut: http://www.upmpress.com.my 

 

Aplikasi eBook Store kepunyaan Penerbit UPM sendiri telah pun dilancarkan pada 27 September 2019 yang lepas dalam Majlis Perasmian Kedai Buku Penerbit UPM dan Apresiasi Karyawan 2019. Aplikasi yang dipanggil eBOOKS@Penerbit UPM ini menempatkan semua buku terbitan Penerbit UPM dalam bentuk digital (ebook) dan boleh dimuat turun di Google Playstore bagi pengguna peranti Android dan IOS. Dengan aplikasi ini pembaca boleh membeli, memuat turun dan membaca buku-buku terbitan UPM di mana sahaja mereka berada.

 

 

Klik Icon untuk Download Apps.

Selamat datang ke Pertanika Online

SXDTOAy~