| PENERBIT UPM
senarai pengumuman terkini

Penerbit UPM kini dalam usaha untuk meningkatkan jumlah penerbitan buku ilmiah yang berimpak tinggi yang dihasilkan oleh para akademia di negara ini. Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan penghantaran manuskrip dalam pelbagai bidang untuk diterbitkan di Penerbit UPM. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Penerbit di talian 03-89468855 atau Pegawai Penerbitan, iaitu Puan Nor Azila Azmi (03-89468852), Cik Rathidevi Thevadas (03-89468858), Encik Nur Anwar Hilmi Mohd Abd Malek dan Puan Herzadawati Mohd Amjah (03-89468856). 

Tema Perangi Dadah

Sila hubungi Encik Rusdy/ Puan Nur Ain di talian 038946 8854/ 8429

Tarikh tutup 22 Mei 2017

Borang boleh di muat turut di sini

Dimaklumkan bahawa Penerbit UPM akan mengguna pakai Sistem e-Press bagi penyerahan manuskrip bermula pada 1 Mac 2018. Sistem ini merupakan inisiatif Penerbit dalam usaha menambah baik proses penerbitan buku ilmiah.

Sehubungan itu, satu taklimat bagi penggunaan sistem tersebut akan diadakan seperti yang berikut:

          Tarikh   :  27 Februari 2018

          Masa    :  9.00 pagi – 10.30  pagi (Sesi 1)

                         11.00 pagi – 12.00 tengah hari (Sesi 2)

                          2.30 petang – 3.30 petang (Sesi 3)

          Tempat : Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra

 

Mohon kerjasama YBhg. Prof. Datin Paduka/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan untuk menamakan wakil bagi taklimat ini daripada:

 

PTJ

Jumlah peserta

Fakulti

5 pensyarah

Institut

3 pensyarah

Pusat

3 pensyarah

 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi Puan Nor Azila Azmi (03-89468852/azilaaz@upm.edu.my) atau Cik Rathidevi Thevadas (03-89468858/ rathidevit@yahoo.com).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Februari 2018.

Penganjuran Bengkel Mengolah Nota Kuliah Kepada Buku Teks/rujukan

Lokasi : RHR Hotel @ Uniten

Tarikh: 8-9 Mei 2018

Masa : 8.30 pagi- 5.00 petang

Borang boleh dilihat disini

Sila klik disini untuk melihat aturacara majlis

Penerbit UPM sedang mengadakan jualan penghabisan stok untuk Buku-buku terbitannya dari 12-28 September 2018. Ia di adakan di Stor Buku Penerbit UPM (bersebelahan Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM). Pelanggan boleh mendapatkan Buku-buku dengan potongan harga sehingga 70%. Ia dibuka dari Pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Datanglah beramai-ramai dan rebutlah peluang untuk mendapatkan buku-buku berkualiti terbitan Penerbit UPM ini.

Buku terbitan Penerbit UPM, Pembangunan Kontemporari Orang Asli oleh Sarjit S. Gill dan Mohd Roslan Rosnon (Editor) telah memenangi kategori Buku Umum Terbaik (Komuniti/ Kemasyarakatan) di ANUGERAH BUKU NEGARA 2019.

29 Mac-7 April 2019
10.00 pagi – 9.00 malam
Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur

Temui Penerbit UPM di Reruai MAPIM, Dewan Tun Razak 3

31 Mac 2019
2.30-3.30 petang
Reruai MAPIM, Dewan Tun Razak, PWTC

6 April 2019,

10.30-11.30 pagi

Reruai MAPIM Dewan Tun Razak, PWTC

6 April 2019,

2.30-3.30 petang

Reruai MAPIM Dewan Tun Razak, PWTC

Bengkel Merombak Tesis kepada Buku

Tarikh: 7-8 Ogos 2019

Lokasi : RHR Hotel @ Uniten

Muat turun borang disini

Kedai buku Penerbit UPM telah beroperasi secara rasmi pada 27 September 2019 sempena pelancaran oleh Prof. Datin Paduka Dato'  Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM. Pelajar dan Pelanggan yang ingin mendapatkan buku-buku terkini Penerbit UPM boleh mendapatkannya di Kedai Buku tersebut yang beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Lokasinya adalah di Sebelah Perpustakaan Sultan Abdul Samad berhampiran Kafe He & She Coffee.

 

Aplikasi eBook Store kepunyaan Penerbit UPM sendiri telah pun dilancarkan pada 27 September 2019 yang lepas dalam Majlis Perasmian Kedai Buku Penerbit UPM dan Apresiasi Karyawan 2019. Aplikasi yang dipanggil eBOOKS@Penerbit UPM ini menempatkan semua buku terbitan Penerbit UPM dalam bentuk digital (ebook) dan boleh dimuat turun di Google Playstore bagi pengguna peranti Android dan IOS. Dengan aplikasi ini pembaca boleh membeli, memuat turun dan membaca buku-buku terbitan UPM di mana sahaja mereka berada.

UNTUK MAKLUMAN KEPADA PELANGGAN KAMI YANG DIHORMATI, DEMI MENYAHUT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN SEGALA URUSAN PESANAN BUKU E-COMMERCE KAMI AKAN DIURUSKAN PADA HARI RABU SETIAP MINGGU. MAAF DIATAS KESULITAN. * SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WHATSAPP KE TALIAN KAMI - +6011 2051 4578

Berita Gembira !

Kini anda boleh dapatkan buku Penerbit UPM di shopee.. tunggu apa lagi jom layari dan beli...

https://shopee.com.my/penerbitupm

Muat turun dalam format .pdf disini

MAKLUMAT AM DAN SYARAT

PERTANDINGAN PENULISAN ESEI DAN PUISI 2020

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

--------------------------------------------------------------------------------------------

 

  1. Tema: WABAK CORONA VIRUS (COVID-19)
  2. Kategori
    • Pelajar UPM
    • Staf atau kakitangan UPM
  3. Kriteria-Kriteria Pertandingan
    • Penulisan adalah berbentuk esei dan puisi (sajak,gurindam, syair, pantun, dll).
    • Pertandingan penulisan esei dan puisi dilaksanakan secara individu dan tidak boleh secara berkumpulan.
    • Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
    • Esei dan puisi hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
    • Sumber rujukan (Bibliografi) penulisan esei hendaklah diletakkan pada muka surat terakhir esei.
    • Panjang esei hendaklah 2,000 – 5000 patah perkataan dan jumlah perkataan mestilah dicatat dengan tepat pada penghujung esei. Panjang puisi pula tidak melebihi 50 bait.
    • Esei dan puisi hendaklah menggunakan perisian Microsoft Word. Ia ditaip dalam jarak langkau dua (double spacing) dan menggunakan huruf Times New Roman (Font 12) .
    • Setiap esei dan puisi hendaklah merupakan hasil penulisan asli, idea sendiri dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan bercetak. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima.
    • Setiap esei dan puisi yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan ianya menjadi hak cipta bersama antara penganjur dan penulis. Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan esei-esei dan puisi tersebut dalam apa sahaja medium jika ia sesuai.
    • Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan atau pengeposan tidak diterima sebagai bukti penyertaan. 
  4. Penyertaan
    • Penyertaan hanya terbuka kepada warga Universiti Putra Malaysia (pelajar dan staf).
  5. Penyertaan adalah percuma dan peserta mestilah memasukkan maklumat peribadi seperti berikut di bahagian atas esei atau puisi;
    • NAMA :
    • I/C :
    • UMUR :
    • JAWATAN:
    • PTJ :
    • TELEFON PEJABAT :
    • TELEFON BIMBIT :
    • E-MEL :
  6. Tarikh tutup penyertaan pertandingan adalah pada 10 Jun 2020
  7. Esei dan puisi yang telah siap hendaklah dihantar melalui e-mel dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian seperti di bawah:

Urus setia Pertandingan Penulisan Esei dan Puisi 2020,
Penerbit UPM
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor.
Tel: 012-3530529 (rusdy)
E-mel: rusdy@upm.edu.my

Hadiah

1.      

Tempat Pertama : RM 500.00 + baucer buku Penerbit UPM bernilai RM200 + sijil penghargaan

2.      

Tempat Kedua: RM 300.00+ baucer buku Penerbit UPM bernilai RM200 + sijil penghargaan

3.      

Tempat Ketiga : RM 200.00 + baucer buku Penerbit UPM bernilai RM200 + sijil penghargaan

4.      

Hadiah Saguhati: Baucer buku Penerbit UPM bernilai RM100

(10 penyertaan yang mendapat penilaian tertinggi berikutnya)

5.      

Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan.

 

Penerbit UPM akan menyertai KLIBF x Shopee. Ini merupakan Pesta Buku atas talian, insiatif MBKM dengan kerjasama Shopee untuk menjalankan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang terpaksa dibatalkan kerana penularan wabak penyakit Covid-19 yang melanda negara. Pesta Buku ini akan bermula dari 25 Jun 2020 sehingga 08 Julai 2020

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penerbit, UPM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi dua (2) kekosongan jawatan sebagaimana berikut:

1.      

(a)  Jawatan

:

Pegawai Eksekutif 2 (PE2)

 

(b)  Nama Pusat Tanggungjawab

:

Pusat Penerbit, UPM

 

(c)  Kumpulan Perkhidmatan

:

Skim Dalaman (Bukan Akademik) UPM

 

(d)  Terma lantikan

:

Sepenuh masa

 

(e) Tempoh Perkhidmatan

:

Lantikan satu (1) tahun hingga tiga (3) dan   boleh dilantik semula.

2.      

Imbuhan Bulanan

:

PE2: RM5,000

3.      

Taraf Jawatan

:

Kontrak

4.      

Syarat Lantikan

 

 

 

Calon bagi lantikan Pegawai Eksekutif 2 (PE2) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(i)      Calon-calon adalah terbuka kepada warganegara Malaysia;

(ii)     Mempunyai kelayakan Ijazah dalam:

         (a)  Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi

               tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

         (b) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(iii)    Mempunyai Pengalaman 1  hingga 3 tahun dalam bidang pengurusan penerbitan ilmiah

 

5.      

Fungsi bidang tugas

:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti perancangan penerbitan, penyuntingan dan pengurusan penerbitan ilmiah dan bukan ilmiah Pusat Penerbit UPM

6.      

Tarikh tutup permohonan

:

19 Mac 2021

 

 

CARA MEMOHON:


Permohonan hendaklah dibuat di atas Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh dicapai di laman sesawang Pejabat Pendaftar UPM di https://pendaftar.upm.edu.my/. Borang permohonan yang telah lengkap berserta sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada  :

 

PUAN NOR BAIZURA BT ZAMRI

Penolong Pendaftar Kanan

Pusat Penerbit UPM,

Universiti Putra Malaysia,

43400 UPM Serdang, Selangor.

Welcome to join the Pertanika webinar series! We welcome for the first 200 participants! (for UPM Lecturers Only)

How to get published in Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science: Some Tips

Date: 19 March 2021 (Friday)
Time: 3 - 5 p.m.
Registration Link: click here

Welcome to join the Pertanika webinar series! We welcome for the first 100 participants! (for UPM Lecturers Only)

How to get published in Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities: Some Tips

Date: 17 March 2021 (Wednesday)
Time: 3 - 5 p.m.
Registration Link: click here

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXDTRAz~