Buku Baharu | PENERBIT UPM

» BUKU BAHARU

Buku Baharu

Dapatkan Buku-buku terbaharu kami di pasaran Sekarang !!

 

Kaedah Pemantapan Semangat Cintakan Negara

Meskipun pendidikan yang melibatkan subjek berteraskan patriotism bagi memantapkan semangat cintakan negara telah lama wujud dalam sistem pendidikan negara kita, namun matlamat tersebut seolah-oleh tidak tercapai secara menyeluuh. Hal ini terbukti melalui laporan media mengenai isu semasa yang menggambarkan kerapuhan serta kelunturan semangat patriotic warga terutamanya generasi muda. Umpamanya isu kritikan dan penghinaan terhadap institusi beraja, agama Islam, lagu kebangsaan, bendera negara dan bahasa kebangsaan. Sehubungan itu, pendidikan patriotism yang bertindak sebagai salah satu mekanisme penting untuk memantapkan patriotism generasi muda khususnya pada pelajar perlu dikaji semula. Dalam konteks ini, kebanyakkan pelajar beranggapkan bahawa subjek berteraskan patriotism adalah membosankan kerana mereka terpaksa mengingati fakta sejarah. Justeru, pelajar perlu berusaha sedaya upaya untuk mencari minat pelajar terhadap subjek tersebut bagai mencapai objektif pembelajarannya. Lantaran itu, penulisan buku yang berasaskan kepada penyelidikan ini telah diusahakan untuk mengenal pasti teknik pengajaran dan pembelajaran subjek berteraskan patriotism yang bersesuaian dari sudut pandang pelajar. Pendekatan penyelidikan yang berkonsepkan bawah-atas dalam pengumpulan data melalui teknik kumpulan nominal (NGT) adalah merupakan kelebihan buku ini. Menerusi pendekatan ini, penentuan kaedah bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek berteraskan patriotism adalah dilakukan oleh pelajar sendiri. Hal ini kerana, proses penghayatan patriotisme akan lebih mudah berlaku jika kaedah yang digunakan adalah berdasarkan pilihan dan kehendak pelajar. Ringkasnya, kaedah-kaedah yang dibincangkan dalam bab ini adalah berpaksikan kepada kehendak dan keinginan responden sendiri supaya sesi pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menyeronokkan, menarik, hidup, interaktif serta tidak membosankan, sekali gus memberi kesan yang positif terhadap kemampuan pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran subjek terbabit.

Pengarang: Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Mahadee Ismail, Lee Yok Fee, Arfah Ab. Majid, Ratna Roshida Ab Razak

ISBN: 978-967-0035-25-3 

Tahun: 2022

RM 37.00

 

Muka Surat: 110

 
 

Pantun Teka-Teki Fikir dan Tafsir

Menyarit kecerdikan, ketinggian dan kebijaksanaan pantun ini unik dan indah. Fikir dan tafsir menjadi titik tumpu pembaca menilai kesarjanaan pantun teka-teki dalam pemikiran dan pentafsiran. Berbekalkan pantun teka-teki, ilustrasi dan mandala (doodle) yang indah dan menarik pembaca akan menemui kebitaraan pantun.

Pengarang: ‘Azimin Daud, Mohd Akbar Omar

ISBN: 978-967-2989-85-1

Tahun: 2022

RM 60.00

Muka Surat: 110

 
 

Bentala Pantun

Setiap maklumat yang disajikan dalam buku ini, adalah pengalaman  peribadi penulis sebagai sang pengarang, penulis dan penggiat pantun, serta menjadi juri atau hakim mana-mana pertandingan pantun di seluruh Malaysia. Menjadi harapan nan tinggi agar pembaca jatuh cinta dan bercinta dengan warisan Melayu yang berumur ratusan tahun, iaitu pantun. Insya-Allah pembaca terjentik jiwa dan rasa mengetahui kearifan serta kecerdikan akal budi Melayu menerusi pantun.

Penulis menghadiahkan Bentala Pantun, Ujana Pantun, Senandika Pantun dan serta Kiat/Tip Mengarang Pantun kepada pembaca untuk memahami, menguasai dan menghayati kearifan, kecerdikan dan kelegitan pantun. Unsur alam dikongsikan kepada pembaca secara langsung dengan melibatkan tiga hubungan, iaitu hubungan manusia dengan pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Terselit harapan mulus agar pembaca kembali mengenal pantun, dari sudut struktur asas pembinaannya, ilmu lanjutan, penghayatan serta penguasaan, selain daripada mempelajari sesuatu menerusi buku ini.

Pengarang: ‘Azimin Daud

ISBN: 978-967-0035-44-4

Tahun: 2023

RM 48.00

Muka Surat: 116

 
 
 

Dances of Sabah and Sarawak

Technological development and advancement in the development of knowledge that brought about changes in lifestyles and artistic tastes as well as challenges by new forms of entertainment have adversely impacted on the traditional arts such as the tribal dances of Sabah and Sarawak. Before these traditional dances become mere memories, it is pertinent that they are preserved and conserved for future generations. This book aims to fulfil that objective by documenting both the traditional and the evolved modern traditional dances of Sabah and Sarawak. The book is an ethnographical study of the structural analysis of the major traditional dances of Sabah and Sarawak. The introduction gives a brief cultural/tribal history of the two sates of Sabah and Sarawak within the context of Borneo-Indo-Philippines cultural region as well as an account of the aesthetics of East Malaysian dances.

Pengarang: Mohamed Ghouse Nasuruddin

ISBN: 978-629-7590-30-1

Tahun: 2023

RM 70.00

Muka Surat: 130

 
 
 

Hang Tuah Catatan Kecemerlangan Wira Bangsa

Buku ini merupakan kesinambungan yang ketiga daripada buku kami terdahulu, tentang tokoh pahlawan Melayu yang tidak asing lagi iaitu Laksamana Hang Tuah. Dua buah buku terdahulu, iaitu Hang Tuah: Catatan Okinawa (2015) dan Hang Tuah: Catatan Vijayanagara (2017) telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dalam kalangan para pembaca. Buku yang pertama telah memenangi beberapa hadiah iaitu Anugerah MAPIM-KPT 2015 kategori Buku Ilmiah Popular.  Kini di dalam genggaman pembaca yang budiman ialah buku yang ketiga kami iaitu Hang Tuah: Catatan Kecemerlangan Wira Bangsa yang mencatatkan beberapa episod dan isu yang berkaitan dengan tokoh Laksamana Hang Tuah sebagai adiwira bangsa Melayu.

Pengarang: Hashim Musa, Rohaidah Kamaruddin

ISBN: 978-629-759-000-4

Tahun: 2023

RM 60.00

Muka Surat: 222

 
 
   

Human Development Made Easy: General Embryology At a Glance

This book aims to help students grasp the fundamental concepts of general embryology. Unlike other embryology books that delve into intricate molecular regulation and signalling, which can be confusing for beginners, this simplified book is specifically suitable for undergraduate students. To aid in memorisation, important content is highlighted in colour, and the illustrations are designed for clear visibility, facilitating long-term retention. The quizzes at the end of the book resemble actual exam questions, ensuring that students become familiar with the exam format. Overall, it is a valuable resource for individuals interested in general embryology, regardless of whether they are at the undergraduate or postgraduate level.

Pengarang: Razif Abas, Siti Fadziyah Mohamad Asri, Nurul Huda Mohd Nor

ISBN: 978-629-7590-12-7 

Tahun: 2023

RM 45.00

Muka Surat: 90

 
 

Kaedah Pentafsiran M. Quraish Shihab dalam Tafsir al-Mishbah

Kecenderungan ulama dalam penulisan karya sesuatu bidang ilmu pada setiap kurun bergantung kepada keadaan sosial masyarakat. Penulisan tentang kaedah tafsir telah lama diterokai oleh ulama bermula dari zaman Badr al-DÄ«n al-ZarkashÄ« (1344-1392 M.) pada kurun ke-8 sehingga M. Quraish Shihab (l. 1944) pada kurun ke-21. Namun karya-karya seperti ini amat langka didapati pada rak-rak perpustakaan sehingga jauh sekali untuk dijadikan bahan kajian oleh para penuntut ilmu generasi masa kini. Meskipun terdapat mufasir Nusantara, seperti Teungku Hasbi al-Shiddieqi (1904-1975 M.) yang membincangkan  kaedah tafsir, tetapi ia hanya termuat dalam perbahasan bab dalam buku dan merupakan terjemahan daripada kitab primer yang bersumber daripada bahasa Arab.

Pengarang: Abur Hamdi Usman, Mohd. Farid Ravi Abdullah, Mazlan Ibrahim 

ISBN: 978-629-7590-10-3

Tahun: 2023 

RM 60.00 

Muka Surat: 294

 
 
   

Leadership Matrix 

Yee Choy Leong is a multi-discipline researcher in the areas of strategy, operations and technology management. He has a Bachelor’s Degree in Mechanical Engineering from Universiti Teknologi Malaysia. He also holds an Advanced Diploma in Marketing Management with distinction from University of Wales in the UK and an MBA from Heriot-Watt University. He studied in the University of Cambridge for his PhD and majored in strategy and performance. He also involves in corporate training for many business and governmental organizations in the areas of strategic management, project management, quality management, supply chain management, technology roadmapping and performance measurement system. He is currently a Senior Lecturer at Universiti Putra Malaysia. He uses action research methododology to conduct many practical research in business. 

Pengarang: Yee Choy Leong

ISBN: 978-629-7590-17-2

Tahun: 2023

RM 33.00

Muka Surat: 97

 
   

Modul Pendidikan Alam Semula Jadi Perhutanan Buku Panduan untuk Guru-Guru Program Pendidikan Khas Integrasi

Hutan… gedung ilmu yang memperkaya pengalaman hidup anda. Buku ini diterbitkan khusus untuk membantu guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi dalam proses pengajaran pendidikan alam semulajadi perhutanan di lapangan dan di dalam bilik darjah.  Modul ini dibangunkan mengikut tiga tema utama iaitu (a) Mengenali Hutan Kita, (b) Keunikan Hutan Kita, dan (c) Hasil Hutan yang Kita Guna dalam Kehidupan Seharian. Setiap tema ini mengandungi pelbagai aktiviti interaktif yang memberi penekanan kepada proses pembelajaran secara berpengalaman (experiential learning) bagi meransang minda dan emosi murid. Bagi membantu guru-guru dalam proses penyediaan dan pengajaran, modul ini juga mengandungi nota ringkas sebagai panduan kepada guru. Buku ini juga berkongsi projek alam semulajadi yang dilaksana di sekolah bagi menggalak lebih ramai murid terlibat dalam aktiviti alam semulajadi.  

Pengarang: Everlyn Lim Ai Lin

ISBN: 978-629-7590-11-0

Tahun: 2023

RM 40.00

Muka Surat: 144

 
   

Risikan Penguatkuasaan 

Tujuan buku ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pembaca khususnya kepada pegawai dan kakitangan yang bertugas dalam bidang sains kepolisan, penguatkuasaan, keselamatan dan undang-undang sama ada di sektor awam atau swasta.  Hasil penulisan buku ini diharapkan pembaca akan lebih memahami dunia sains perisikan.  Selain itu, ia turut memberi pendedahan kepada golongan profesional dan para pelajar dalam bidang ini.  Buku ini juga merupakan panduan yang amat penting kepada pegawai dan kakitangan penguatkuasa dan keselamatan dalam menguruskan agensi penguatkuasaan meraka khususnya dalam mentadbir Jabatan Perisikan mereka dengan lebih berkesan.  Walaupun buku ini ditulis dengan ringkas, penulis berharap buku ini akan menjadi imu yang bermanfaat kepada pembaca sepanjang hayat.

Pengarang: Samsudin Yaacob

ISBN: 978-629-7590-28-8

Tahun: 2023

RM 45.00

Muka Surat: 130

 
 

Sagu Pengenalan, Kegunaan dan Potensi

SAGU: PENGENALAN, KEGUNAAN DAN POTENSI adalah sebuah buku mengenai potensi dan manfaat yang boleh diperolehdaripada pokok sagu secara keseluruhan.  Anggapan umum, pokok sagu merupakan tanaman liar yang kelihatan tidak memberi banyak manfaat dan jarang diterokai kerana kedudukan habitatnya yang banyak tumbuh di kawasan berpaya atau berair.  Malah pokok-pokok ini akan ditebang dan dibuang bagi memberi ruang kepada pembangunan.  Walhal pokok sagu mempunyai banyak potensi dan kegunaan untuk dimanfaatkan sama ada sebagai sumber makanan mahupun sebagai bahan kegunaan industri,  Bahkan, Malaysia juga merupakan salah satu daripada pengeluar terbesar sagu dunia dan tanaman sagu adalah sebagai tanaman sosio-ekonomi yang penting di Malaysia, khususnya di Sarawak.

Pengarang: Rosnah Shamsudin, Wan Mohd Fariz Wan Azman, Mohd Zuhair Mohd Nor, Azman Hamzah

ISBN: 978-967-0035-81-9 

Tahun: 2023

RM 58.00

Muka Surat: 170

 
 
 

Status Terkini dan Hala Tuju Industri Durian di Malaysia

Durian merupakan salah satu buah yang mempunyai nilai eksport yang tinggi kerana durian Malaysia lebih unik dan berkualiti tinggi. Walaupun permintaan durian adalah tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa, namun bekalan masih tidak mencukupi. Bagi menjamin bekalan durian yang berkualiti, satu panduan yang lebih berkesan mestilah diwujudkan untuk membimbing pemilik kebun atau ladang durian agar mereka lebih mahir menguruskan penanaman durian dengan lebih lestari di samping dapat meningkatkan produktiviti durian. Pengetahuan mengenai pengurusan penyakit dan rumpai dan haruslah dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko kerugian. Kepekaan terhadap pengurusan sisa durian mestilah dilihat sebagai satu peluang bagi menghasilkan nilai tambah yang boleh dimanfaatkan bersama. Melihat potensi durian untuk dipasarkan secara segar atau terproses, beberapa teknologi diperkenalkan untuk mengekalkan kesegaran dan hayat buah.

Pengarang: Azizah Misran

ISBN: 978-967-0035-75-8

Tahun: 2023

RM 70.00

Muka Surat: 180

 
 
 

TZ Kitabiy Mudahnya Menulis Bahasa Arab

Buku ini disusun khusus untuk membantu pelajar pengjian tinggi, termasuk pelajar prauniversiti menulis dalam bahasa arab dengan memberikan tumpuan dan penekanan pada penggunaan strategi ‘Mengurus Pembelajaran Kendiri’ (MPK) dalam penulisan.  Namun demikian, buku ini juga sesuai digunakan oleh pelajar pada peringkat menengah atas.  Keunikan buku ini terletak pada cirinya yang inovatif, yang beperingkat dan tersusun.  Bersifat mesra pengguna, buku ini mengandungi lapan unit pembelajaran, dimulai dengan Unit 1 yang memperkenalkan strategi MPK dalam penulisan.  Unit-unit yang berikutnya menampilkan beberapa subunit berserta langkah pelaksanaan aktiviti penulisan berasaskan penerapan strategi ini secara terperinci.  Setiap unit juga diakhiri dengan penilaian kendiri strategi regulasi kendiri sebagai refleksi kendiri pelajar.  Selain itu, kosa kata, pola ayat, tatabahasa Arab, penanda wacana dan latihan turut disediakan.

Pengarang: Sumayah Sulaiman, Nik Farhan Mustapha, Pabiyah Toklubok@Hajimaming

ISBN: 978-967-003-532-1

Tahun: 2023

RM 35.00

Muka Surat: 90

 

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh dapatkan buku ini dengan datang terus ke KEDAI BUKU PENERBIT UPM, kedai-kedai buku terpilih atau menerusi pembelian dalam talian (online) menerusi laman web https://www.upmpress.com.my    

      

SXETWAu~