Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YBN) telah menganjurkan Forum Kelab Penulis Universiti Awam Malaysia pada 1 Mac 2024 yang lalu bertempat Melaka International Trade Centre Ayer Keroh, Melaka.
Forum ini yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Penerbit UPM (PPUPM), YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan selaku ahli panel dan Ketua Bahagian PPUPM, Encik Arafat Mashhuri Awang.
Objektif utama forum ini ialah bagi membincangkan tentang kepentingan Kelab Penulis Universiti Awam (UA) serta usaha bagi mempergiatkan lagi penghasilan penulisan berkualiti terutama dalam kalangan anak muda.
Tarikh Input: 12/03/2024 | Kemaskini: 12/03/2024 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor