PESTA BUKU BRUNEI 2023 | PENERBIT UPM
» BERITA » PESTA BUKU BRUNEI 2023

PESTA BUKU BRUNEI 2023

nBaru-baru ini Pusat Penerbit UPM (PPUPM) telah menyertai Pesta Buku Brunei 2023 yang diadakan pada 21 hingga 23 Ogos 2023 di Pusat Persidangan Antarabangsa Barakas, Brunei Darussalam. Seramai dua orang staf PPUPM telah dihantar untuk bertugas di pesta buku anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei ini iaitu Puan Herzadawati Mohd. Amjah dan Encik Muhammad Hadhrami Arshad. Encik Muhammad Hadhrami ditugaskan untuk menjaga reruai PPUPM di sepanjang pesta buku ini berlangsung manakala Puan Hezadawati lebih berfokus kepada urusan perundingan dengan universiti-universiti di Brunei.

Terdapat dua perundingan yang berjaya dilaksanakan iaitu perundingan bersama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan perundingan bersama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Pihak UNISSA telah bersetuju untuk mengadakan penerbitan bersama PPUPM dengan melibatkan peletakan logo UPM dan UNISSA. Pihak UNISSA akan menyediakan sejumlah manuskrip dan pihak PPUPM diberi peluang untuk memilih manuskrip yang bersesuaian. Kedua-dua belah pihak boleh melakukan jualan masing-masing selepas buku diterbitkan.

Perundingan bersama KUPU SB pula berjalan dengan jayanya apabila pihak KUPU SB berbesar hati mengadakan Memorandum of Agreement (MOA) penerbitan dengan UPM. Fokus perbincangan adalah berkenaan penganjuran kursus berkaitan plagiarism dan Turn It In. Pihak KUPU SB merancang untuk meningkatkan kesedaran semua pensyarah berkenaan plagiarism dan Turn It In. Selain itu, pihak PPUPM juga berpeluang meletakkan buku terbitan KUPU di Kedai Buku Penerbit UPM dan PPUPM dibenarkan mengambil komisen atas setiap penjualan buku.

Penglibatan PPUPM di Pesta Buku Brunei 2023 dilihat berjaya mencapai matlamat dan jualan buku yang baik. Genre buku terbitan PPUPM yang laris dan mendapat sambutan yang menggalakkan ialah bidang bahasa, pendidikan, penyelidikan, sastera dan Bahasa Arab.

 

 

Tarikh Input: 17/10/2023 | Kemaskini: 17/10/2023 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEcVAv~