Perbarisan Sukan Sempena Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023 | PENERBIT UPM
» BERITA » Perbarisan sukan sempena Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023

Perbarisan sukan sempena Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023

Serdang, 21 Julai – Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023 yang bermula pada 10 Julai 2023 dan akan berakhir pada 4 Ogos 2023 telah dirasmikan oleh Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman selaku Naib Canselor UPM secara meriah pada 21 Julai 2023 bertempat di Stadium UPM.

Memetik ucapan Naib Canselor UPM sempena majlis perasmian SUSTAF UPM 2023, beliau berkata, SUSTAF UPM 2023 merupakan platform bagi memupuk semangat kesukanan serta berpasukan staf UPM. Ia juga diadakan bagi menyediakan pasukan UPM untuk menyertai sukan yang lebih besar pada masa akan datang.

Pertandingan perbarisan sukan yang diadakan sempena majlis perasmian SUSTAF UPM 2023 disertai oleh lapan gabungan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan dimenangi oleh Gabungan 8. Bagi pertandingan ini, Pusat Penerbit UPM yang digabungkan bersama 18 PTJ lain sebagai Gabungan 5 diwakili oleh En. Muhammad Arif Sambudin, En. Mohd Fikri Abu Bakar, En. Muhammad Solehin Hassan, Puan Kanagamalar Silvarajoo dan Cik Tee Syin Ying telah berjaya meraih tempat keempat. Terima kasih dan tahniah atas penglibatan dan komitmen yang diberikan.

Tarikh Input: 25/07/2023 | Kemaskini: 25/07/2023 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEcXA3~