PENILAIAN KENDIRI EKSA PUSAT PENERBIT UPM 2023 | PENERBIT UPM
» BERITA » PENILAIAN KENDIRI EKSA PUSAT PENERBIT UPM 2023

PENILAIAN KENDIRI EKSA PUSAT PENERBIT UPM 2023

16 Januari 2024 – Pusat Penerbit UPM telah menjalani sesi Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 16 Januari 2024 bagi tujuan penyertaan Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Tahun 2023/2024 sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2023-2024 yang melibatkan tiga (3) kawasan utama Pusat Penerbit UPM iaitu bangunan Pejabat Am, Kedai Buku Penerbit UPM dan Pejabat Penerbitan Jurnal Pertanika.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Nor Syazwani Izyan Ayub dari Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) dan Cik Farah Alia Fauzi dari Pejabat Naib Canselor selaku juruaudit yang dilantik bagi sesi penilaian ini.

Sesi penilaian berjalan dengan lancar dan baik serta berakhir dengan pemberian markah sebanyak 91.72% dengan beberapa cadangan penambahbaikan. Tahniah di atas usaha dan komitmen semua pihak dalam menjayakan penilaian kendiri ini. Pusat Penerbit UPM akan memastikan penambahbaikan ini sentiasa dilakukan secara berterusan bagi membudayakan amalan EKSA.

Tarikh Input: 15/02/2024 | Kemaskini: 15/02/2024 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEcFAm~