MAJLIS PELANCARAN BUKU TERBITAN PUSAT PENERBIT UPM | PENERBIT UPM
» BERITA » MAJLIS PELANCARAN BUKU TERBITAN PUSAT PENERBIT UPM

MAJLIS PELANCARAN BUKU TERBITAN PUSAT PENERBIT UPM

31 Ogos 2022 – Sempena Persidangan Buku Antarabangsa 2022, Ekspo Buku Malaysia serta Anugerah Buku Negara dan Forum Kelab Penulis pada 22 - 25 Ogos 2022 (Isnin - Khamis) pukul 10.00 pagi – 6.00 petang yang bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, Pusat Penerbit UPM turut mengadakan majlis pelancaran buku bagi tiga (3) judul terbitan baharu Pusat Penerbit UPM.

Buku baharu terbitan Pusat Penerbit UPM yang dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengajian Tinggi, YBhg. Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian pada 22 Ogos 2022 adalah ‘Bahasa dan Identiti Kepemimpinan Khaled Nordin dalam Pendidikan Tinggi Negara’, ‘Pantun Teka-Teki Fikir dan Tafsir’ serta ‘Politik, Etnisiti dan Peradaban Malaysia Pasca 2020’ yang kini boleh didapati di Kedai Buku Pusat Penerbit UPM.

 

Tarikh Input: 06/09/2022 | Kemaskini: 07/09/2022 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEaNAM~