LAWATAN – ‘INTERNATIONAL PRINTING, PAPER, PACKAGING MACHINERY EXHIBITION (IPMEX) | PENERBIT UPM
» BERITA » LAWATAN – ‘INTERNATIONAL PRINTING, PAPER, PACKAGING MACHINERY EXHIBITION (IPMEX)

LAWATAN – ‘INTERNATIONAL PRINTING, PAPER, PACKAGING MACHINERY EXHIBITION (IPMEX)

10 Ogos 2022 - Pusat Penerbit UPM telah mengadakan sesi lawatan ke International Printing, Paper, Packaging Machinery Exhibition (IPMEX) anjuran Kaizer Exhibition Organizer pada 5 Ogos 2022 (Jumaat) bertempat di MITEC Kuala Lumpur Malaysia.

Objektif utama pameran ini ialah memberi pendedahan teknologi semasa media percetakan, memberi nafas baharu dalam pengenalan material cetakan, menyediakan peluang kepada pencetak menyebarluas produk percetakan serta pengenalan baharu kepada sistem terkini proses percetakan on demand.

Sesi lawatan ini disertai oleh lima orang pegawai dari Seksyen Reka Bentuk dan Media Kreatif yang terdiri dari En. Muhammad Arif Sambudin selaku Ketua Seksyen, En. Md. Fairus Ahmad, En. Mohd Fikri Abu Bakar, Puan Marlina Ismail dan En. Muhammad Solehin Hassan. Manakala pegawai dari Seksyen Pentadbiran dan Kewangan yang menyertai lawatan ini terdiri dari En. Muhammad Firdaus Md Jufry dan En. Mohd Faiz Mohammad.

 

Tarikh Input: 17/08/2022 | Kemaskini: 17/08/2022 | ms_arif

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
BVLdJAn:09:33