Penerbit UPM telah terlibat dalam Pesta Buku Brunei 2015 pada 26hb Februari sehingga 07hb Mac 2015. Pesta Buku yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, Negara Brunei Darussalam adalah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Brunei. Penerbit UPM diwakili oleh Muhammad Hadhrami Arshad yang ditugaskan untuk mempromosi dan memperkenalkan produk terbitan UPM dan membuat jualan buku sepanjang Pesta berlangsung. Antara buku yang menjadi perhatian ialah Keris Melayu Semenanjung Suatu Pengenalan,Kaunseling untuk Siapa?, Pedoman Penulisan Ilmiah dan beberapa judul yang lain. Pesta yang bertemakan “Buku Bacalah” ini bertujuan mengalakkan orang ramai khususnya rakyat Negara Brunei untuk memperkasakan budaya membaca dalam kehidupan mereka. Penyertaan dalam pesta buku ini dapat memberi impak yang besar dalam pola pemasaran buku Penerbit UPM melalui jualan secara langsung dan kerjasama dengan pengedar buku di Brunei.
Tarikh Input: |
Kemaskini: | amir_peli
PERKONGSIAN MEDIA