BENGKEL TRANSFORMASI TESIS KEPADA BUKU SIRI 2/2023 | PENERBIT UPM
» BERITA » BENGKEL TRANSFORMASI TESIS KEPADA BUKU SIRI 2/2023

BENGKEL TRANSFORMASI TESIS KEPADA BUKU SIRI 2/2023

30 Ogos 2023 – Seksyen Editorial dan Pengeluaran Pusat Penerbit UPM telah menganjurkan Bengkel Transformasi Tesis kepada Buku Siri 2/2023 pada 21 - 23 Ogos 2023 (Isnin - Rabu) pukul 9.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Librarian’s Corner, Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM.

Bengkel ini julung-julung kali diadakan secara hibrid di mana sebelum ini beberapa siri bengkel telah diadakan secara dalam talian pada tahun 2022 dan 2023. Penglibatan peserta bagi bengkel siri ini adalah dari dalam dan luar UPM yang turut disertai oleh guru-guru sekolah. Antara matlamat bengkel ini ialah membantu peserta menghasilkan manuskrip buku ilmiah daripada tesis mereka dengan cara mudah dan cepat.

Penceramah bengkel ialah Dr. Halim Razali yang sangat berpengalaman membimbing peserta menghasilkan manuskrip buku ilmiah daripada tesis mereka. Antara pencapaian beliau ialah menerima Anugerah Buku Negara pada tahun 2013, bagi kategori buku umum terbaik dalam bidang industri.

Tahniah untuk Seksyen Editorial dan Pengeluaran Pusat Penerbit UPM atas kejayaan menganjurkan bengkel ini dan para peserta yang berjaya menamatkan bengkel dengan penuh komited dan cemerlang.

Tarikh Input: 20/10/2023 | Kemaskini: 20/10/2023 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEcCAO~