4 November 2022 – Audit Pemantauan Semakan 1, Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 Universiti Putra Malaysia (UPM) oleh SIRIM telah diadakan pada 17 hingga 21 Oktober 2022. Pada tahun ini UPM telah melaksanakan audit secara fizikal sepenuhnya.
Sesi audit di Pusat Penerbit UPM berjalan dengan lancar pada 19 Oktober 2022 pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Tahniah kepada semua warga Pusat Penerbit UPM yang memberikan komitmen dan kerjasama yang tinggi semasa perjalanan audit dilaksanakan sekaligus memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat di UPM dalam keadaan yang baik dan mematuhi keperluan yang ditetapkan sebagaimana Standard MS ISO 9001:2015 dan MS ISO/IEC 27001:2013.
Tarikh Input: 11/11/2022 | Kemaskini: 11/11/2022 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor