Acara Catur Berpasukan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023 | PENERBIT UPM
» BERITA » Acara Catur Berpasukan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023

Acara Catur Berpasukan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023

Serdang, 1 Ogos – Sempena penganjuran Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023, seramai tiga (3) orang staf Pusat Penerbit UPM iaitu Muhammad Firdaus Md. Jufry, Muhammad Shafique Ardi Abdul Rahman dan Fatimah Abdul Samad telah mengambil bahagian dalam acara Catur Berpasukan mewakili kontinjen Gabungan 5 (G5). Kontinjen G5 merupakan gabungan antara Pusat Penerbit dengan 18 Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain. Acara ini telah diadakan pada 22 Julai 2023 bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang bertempat di Dewan OSH UPM. Sebanyak lapan (8) buah gabungan PTJ telah bertanding dan G5 berjaya memperoleh tempat ke-lima. Penganjuran SUSTAF ini dilihat berjaya memupuk semangat persaingan yang sihat dan dapat mengeratkan hubungan antara PTJ.

Tahniah!

 

Tarikh Input: 05/08/2023 | Kemaskini: 05/08/2023 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEcDAf~