Jom Tulis Buku | PENERBIT UPM
» ARTIKEL » Jom Tulis Buku

Jom Tulis Buku

PENERBITAN BUKU BERSAMA PUSAT PENERBIT UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEMPENA SEKATAN KAWALAN PERGERAKAN

 

Dimaklumkan bahawa berikutan masalah penularan wabak COVID 19 yang melanda seluruh dunia dan negara kita ketika ini, Pusat Penerbit Universiti, Universiti Putra Malaysia, ingin membuka peluang kepada semua staf UPM untuk penerbitan buku bersama kami.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua untuk meneliti Publishing Proposal yang dilampirkan dan memanfaatkan tempoh Sekatan Kawalan Pergerakan sehingga 28 April 2020 bagi penghasilan proposal penulisan manuskrip.

Untuk makluman, buku ilmiah yang diterbitkan bersama Pusat Penerbit UPM akan diindeks dalam Web of Science.

Pihak kami mengalu-alukan penghantaran proposal penulisan manuskrip kepada kami selewat-lewatnya pada 28 April 2020.

Semoga dengan penerbitan buku ilmiah ini akan dapat meningkatkan visibiliti UPM di persada antarabangsa dan dimanfaatkan oleh khalayak umum.

Sekian, terima kasih.

Profesor. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan
Pengarah
Pusat Penerbit Universiti
Universiti Putra Malaysia

 

* Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Nor Azila Azmi Ketua Seksyen Editorial & Pengeluaran di talian +603- 97698852  e-mail - azilaaz@upm.edu.my

 

Klik Gambar dibawah Untuk Download Borang Publishing Proposal

Tarikh Input: 01/04/2020 | Kemaskini: 04/09/2020 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEaOAh~