Majlis Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Dan Majlis Malam Puisi Mengukir Bangsa Ke-4 | UPM Press penerbit
» NEWS » Majlis Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu dan Majlis Malam Puisi Mengukir Bangsa ke-4

Majlis Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu dan Majlis Malam Puisi Mengukir Bangsa ke-4

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2025 – Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia (PPUPM) menyertai Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu dan Malam Puisi Mengukir Bangsa Kali Ke-4, 2025 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Simposium yang bertemakan “Bahasa Melayu Mengangkat ASEAN” ini menghimpunkan tokoh akademik, sasterawan dan penggiat bahasa serantau bagi memperkukuh peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan persaudaraan ASEAN. Antara acara utama ialah Majlis Pelancaran Buku Pusat Penerbit UPM yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Pelancaran tersebut menjadi simbol penghargaan terhadap usaha PPUPM dalam memperkaya khazanah ilmu menerusi penerbitan karya ilmiah dan kreatif yang menjulang martabat Bahasa Melayu. Simposium turut menyaksikan penyampaian Anugerah Tokoh, penyerahan Sijil Rakan Strategik, serta pertukaran Surat Hasrat (LOI) antara Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia (ABM) dan Pusat Penerbit UPM (PPUPM). Pertukaran tersebut menandakan permulaan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh agenda penerbitan dan pengantarabangsaan Bahasa Melayu. Acara ini berlangsung dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam, merangkumi wacana ilmiah, deklamasi puisi dan persembahan budaya, menjadikan ia satu wadah perpaduan ilmu dan seni dalam semangat bahasa yang menyatukan rantau.

 

Date of Input: 13/10/2025 | Updated: 13/10/2025 | marlina_is

MEDIA SHARING

UPM Press
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3606
00000000
W, (04:27:34pm-04:32:34pm, 13 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]