Bengkel Penerbitan Buku Menjulang Takhta, 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj | UPM Press 127
» NEWS » Bengkel Penerbitan Buku Menjulang Takhta, 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

Bengkel Penerbitan Buku Menjulang Takhta, 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

SHAH ALAM, 29 November 2025 – Bengkel Penerbitan Buku Menjulang Takhta, 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah diadakan selama dua hari di  Hotel Concorde, Shah Alam dan menghimpunkan wakil institusi diraja, agensi negeri serta pasukan penerbitan UPM bagi membincangkan penulisan teks, susunan isi kandungan, fakta dan data. Bengkel ini disertai oleh Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Datin Paduka Hanafisah Jais, Dato' Pengelola Bijaya Diraja,Tuan Fahrin Asmawi dari Istana Alam Shah, Pengurus Besar Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Dato’ Munasor Aliyasak, Pengarah Pusat Penerbit UPM, Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan  serta wakil Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) bersama beberapa agensi lain yang turut terlibat dalam penyediaan bahan rasmi. Sepanjang sesi, perbincangan memberi tumpuan kepada pemurnian isi kandungan bagi memastikan  penulisan  teks menggambarkan  25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tepat, teratur dan mudah difahami. Perwakilan institusi diraja dan agensi negeri berkongsi maklumat penting, manakala pasukan UPM memberi pandangan berkaitan susunan dan gaya penyampaian serta konsep reka bentuk buku. Bengkel ini bukan sahaja menyelaras fakta dan dokumen rasmi, tetapi turut mengukuhkan kerjasama antara semua pihak dalam menghasilkan sebuah karya yang boleh menjadi rujukan yang sahih dan berkualiti mengenai 25 tahun pemerintahan Baginda Tuanku.

Date of Input: 03/12/2025 | Updated: 03/12/2025 | marlina_is

MEDIA SHARING

UPM Press
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3606
00000000
X, (06:32:41pm-06:37:41pm, 17 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]