SESI BEDAH BUKU – ‘SOKONGAN RAWATAN PEMULIHAN PENAGIHAN DADAH MENERUSI MODUL BIMBINGAN KEPIMPINAN KENDIRI’ | PENERBIT UPM
» BERITA » SESI BEDAH BUKU – ‘SOKONGAN RAWATAN PEMULIHAN PENAGIHAN DADAH MENERUSI MODUL BIMBINGAN KEPIMPINAN KENDIRI’

SESI BEDAH BUKU – ‘SOKONGAN RAWATAN PEMULIHAN PENAGIHAN DADAH MENERUSI MODUL BIMBINGAN KEPIMPINAN KENDIRI’

17 Mac 2023 - Pusat Penerbit UPM telah menganjurkan Sesi Bedah Buku bagi buku terbitan baharu Pusat Penerbit UPM berjudul Sokongan Rawatan Pemulihan Penagihan Dadah Menerusi Modul Bimbingan Kepimpinan Kendiri pada 17 Mac 2023 (Jumaat) pukul 10.00 pagi.

Objektif utama sesi ini ialah mengupas matlamat dan objektif penghasilan buku, memberi huraian isu kandungan buku dan maksud tersirat dalam pemilihan reka bentuk kulit buku, menyebar luas pasaran buku serta memberi peluang kepada pengarang buku untuk menyampaikan hasrat serta harapan dalam penerbitan buku ini.

Sesi Bedah Buku ini dikendalikan dengan jayanya oleh Puan Hani Farahin Ismail dari Seksyen Editorial dan Pengeluaran, Pusat Penerbit UPM selaku moderator. Manakala pembicara pula terdiri daripada Dr. Hanina H. Hamsan selaku ketua pengarang buku. Sesi ini diadakan di Bilik Bicara, Kedai Buku Pusat Penerbit UPM dan juga telah  disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi Pusat Penerbit UPM.

Tarikh Input: 03/04/2023 | Kemaskini: 18/04/2023 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEYDAs~