PERSIDANGAN INDUSTRI KREATIF KEBANGSAAN 2021 ANUGERAH BUKU NEGARA DAN ANUGERAH TELENOVELA 2020-2021 BERSEMPENA UNESCO-KL WORLD BOOK CAPITAL | PENERBIT UPM
» BERITA » PERSIDANGAN INDUSTRI KREATIF KEBANGSAAN 2021 ANUGERAH BUKU NEGARA DAN ANUGERAH TELENOVELA 2020-2021 BERSEMPENA UNESCO-KL WORLD BOOK CAPITAL

PERSIDANGAN INDUSTRI KREATIF KEBANGSAAN 2021 ANUGERAH BUKU NEGARA DAN ANUGERAH TELENOVELA 2020-2021 BERSEMPENA UNESCO-KL WORLD BOOK CAPITAL

Pada 23 April 2020, Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC2020) sempena Hari Buku dan Hak Cipta Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan  Warisan (UNESCO). 

Justeru, pihak Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Pusat Penerbit UPM akan menganjurkan program Persidangan Industri Kreatif Kebangsaan (PIKK) 2021, Anugerah Buku Negara dan Anugerah Telenovela 2020-2021 pada 7 - 8 April 2021 bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur.

Di dalam persidangan dan acara anugerah selama dua hari ini, terdapat tiga acara utama yang melibatkan Universiti Putra Malaysia (UPM) secara khusus, iaitu upacara Majlis Menandatangani MoU antara YPBN dan UPM, pra-pelancaran buku Prof. Vijayaletchumy Subramaniam dari Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi UPM dan pra-pelancaran buku Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain dari Fakulti Ekologi Manusia/Pusat Strategi Perhubungan & Korporat UPM yang merupakan terbitan terbaharu Pusat Penerbit UPM.

Majlis menandatangani MoU ini bakal disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Dr. Noraini binti Ahmad dan YB turut melancarkan dua buku terbitan UPM dengan kehadiran para kenamaan lain serta pegawai utama UPM.

Tarikh Input: 13/04/2021 | Kemaskini: 08/05/2021 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXDdDAn~