Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Kali Ke-44 (SUKUM 2022 ) BADMINTON | PENERBIT UPM
» BERITA » Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Kali Ke-44 (SUKUM 2022 ) BADMINTON

Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Kali Ke-44 (SUKUM 2022 ) BADMINTON

3 Oktober 2022 - Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Kali Ke-44 (SUKUM 2022) telah berlangsung secara meriah di mana Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi tuan rumah bermula pada 17 sehingga 24 September 2022.

Pasukan Badminton Wanita UPM telah berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir yang diadakan di Uptown Sports, Bandar Baru Bangi pada 18 September 2022 UPM. Tahniah kepada Puan Fatimah Abdul Samad dari Seksyen Editorial dan Pengeluaran, Pusat Penerbit UPM yang menyertai acara ini.

Melalui acara sukan seperti SUKUM ini yang diadakan dua tahun sekali, dapat meningkatkan lagi daya tahan mental dan fizikal sumber manusia selain berupaya meningkatkan indeks kesejahteraan dalam kalangan staf. Peningkatan indeks ini berupaya memberikan ‘peace of mind’ serta mendorong staf untuk bekerja dengan lebih produktif. Pada masa yang sama, penganjuran ini adalah bertepatan dengan citra Matlamat Ke-5, Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu memantapkan governan dan tadbir urus sumber.

Syabas diucapkan!

Tarikh Input: 05/10/2022 | Kemaskini: 05/10/2022 | ms_arif

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEZWAb~