PERSIDANGAN BUKU ANTARABANGSA 2022, EKSPO BUKU MALAYSIA, ANUGERAH BUKU NEGARA DAN FORUM KELAB PENULIS | PENERBIT UPM
» ARTIKEL » PERSIDANGAN BUKU ANTARABANGSA 2022, EKSPO BUKU MALAYSIA, ANUGERAH BUKU NEGARA DAN FORUM KELAB PENULIS

PERSIDANGAN BUKU ANTARABANGSA 2022, EKSPO BUKU MALAYSIA, ANUGERAH BUKU NEGARA DAN FORUM KELAB PENULIS

15 Ogos 2022 – Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersama Universiti Putra Malaysia serta Pejabat Perdana Menteri (PMO) akan menganjurkan Persidangan Buku Antarabangsa 2022, Ekspo Buku Malaysia serta Anugerah Buku Negara dan Forum Kelab Penulis pada 22 - 25 Ogos 2022 (Isnin - Khamis) pukul 10.00 pagi – 6.00 petang bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Dengan slogan “Keluarga Malaysia – Membaca Sepanjang Hayat”, objektif utama program ini ialah memainkan peranan yang berkesan kepada khalayak sebagai organisasi pemangkin fikiran, sosial dan kebudayaan, sesuai dengan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama Keluarga Malaysia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mendekati seluruh lapisan masyarakat dengan mengajak mereka memanfaatkan perkhidmatan yang dibawakan oleh pengusaha dan autoriti Industri Buku & Industri Kreatif.

Program ini akan disertai oleh pengedar dan penerbit buku yang akan mempamerkan koleksi dan buku masing-masing. Antara kumpulan industri buku tempatan yang turut menyertai program ini ialah Dewan Industri Buku Malaysia (DIBM), Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Majlis Buku Kebangsaan (MBKM), Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia (MBKRM), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera (IKATAN), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM), Yayasan Dakwah Islamiyah (YADIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Tarikh Input: 17/08/2022 | Kemaskini: 17/08/2022 | ms_arif

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEZHAL~