Aplikasi EBOOKS | PENERBIT UPM

» APLIKASI EBOOKS

Aplikasi eBOOKS

eBooks@Penerbit UPM adalah aplikasi digital telefon pintar kepunyaan Penerbit UPM yang menggunakan platform Ookbee bagi membolehkan pembaca membeli, memuat turun dan membaca buku-buku digital (ebook) yang diterbitkan oleh Penerbit UPM dimana sahaja mereka berada.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menggunakan telefon pintar melalui Google Playstore dengan menaip carian Penerbit UPM atau nama aplikasi tersebut. Aplikasi ini tersedia bagi pengguna peranti Android dan IOS.

 

Dengan adanya buku-buku Penerbit UPM dalam bentuk digital, lebih ramai pembaca di serata tempat berpeluang membeli buku-buku yang mereka inginkan dengan harga yang lebih berpatutan serta menjimatkan masa tanpa perlu menunggu lama bagi mendapatkan buku mereka. Sasaran Penerbit UPM adalah supaya buku-buku terbitan Penerbit UPM dapat disebar luaskan ke rantau Asia dan seluruh dunia harapnya melalui penggunaan aplikasi ini.

 

Apps Link

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ookbee.upm.android

 

Bookstore contact:

https://www.facebook.com/penerbit.upm

https://www.upmpress.com.my/

B1604126841