Rancangan Duniaku Buku Bersama 2 Tetamu Di IKIM. FM 91.5 | UPM Press
» NEWS » Rancangan Duniaku Buku bersama 2 tetamu di IKIM. FM 91.5

Rancangan Duniaku Buku bersama 2 tetamu di IKIM. FM 91.5

Pada 13 September 2018 ini Penerbit UPM akan bersiaran di Radio IKIM FM dalam program Duniaku Buku. Program yang berlangsung setiap harı Khamis jam 9.15 malam itu membawakan 2 tetamu jemputan yang akan membicarakan mengenai 2 buah buku terbitan Penerbit UPM iaitu Hang Tuah Catatan Vijayanagara dan Hang Tuah catatan Okinawa. Pada rancangan yang berlangsung selama lebih kurana 45 minit itu akan membawakan Dr. Rohaida Kamaruddin pengarang Buku-buku tersebut bersama Puan Kamariah Mohd. Saidin Ketua Penerbit UPM. Kedua tetamu jemputan tersebut akan membicarakan secara ekslusif berkaitan penerbitan Buku Hang Tuah Catatan Vijayanagara dan Hang Tuah Catatan Okinawa yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran. Temubual itu juga akan membicarakan tentang pelbagai persoalan berkaitan Hang Tuah yang menjadi Ikon tersohor bagi masyarakat Melayu di Nusantara semenjak kesultanan Melayu Melaka dahulu.

Date of Input: 13/09/2018 | Updated: 13/09/2018 | marlina_is

MEDIA SHARING

UPM Press
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468855
0389416172
C1537721704