Penerbit UPM Sertai Karnival 10 Tahun Universiti Malaysia Kelantan (UMK) | UPM Press
» NEWS » Penerbit UPM sertai Karnival 10 Tahun Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Penerbit UPM sertai Karnival 10 Tahun Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

 

SERDANG, 19 Mei – Penerbit UPM telah menyertai Karnival 10 Tahun Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Karnival diadakan di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa bermula dari 15 Mei hingga 18 Mei  2017, dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang ke 10 dan telah dirasmikan oleh En Azman Hashim, Ketua Pustakawan UMK.

Pelbagai aktiviti menarik seperti jualan buku, pelancaran buku dan cabutan bertuah diadakan. Diskaun pembelian buku sebanyak 20% disediakan sepanjang karnival berlangsung.

Penerbit UPM telah di wakili oleh En Muhammad Hadhrami Arshad bagi mempromosi dan menjual buku-buku ilmiah terbitan Penerbit UPM di booth Penerbit UPM. Sambutan yang menggalakkan diterima daripada para pengunjung karnival dan juga pembekal-pembekal buku yang beroperasi di Kelantan. Di antara judul buku yang mendapat sambutan hangat ialah Asas Penulisan Tesis, Reka Bentuk Penyelidikan, Psikologi Sosial, Introductory Forest Science dan Bahasa.

Date of Input: 18/07/2017 | Updated: 18/07/2017 | lanjoy2006@g.mail.com

MEDIA SHARING

UPM Press
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEUEAQ~