Anugerah Buku Negara 2017 | UPM Press
» NEWS » Anugerah Buku Negara 2017

Anugerah Buku Negara 2017

SERDANG, 3 Mei – Dua buku Penerbit UPM meraih Anugerah Buku Negara 2017 bagi kategori Anugerah Industri Buku melalui judul terbitannya iaitu Melaka Sketching through Experience dan Discovering 100 Birds of Universiti Putra Malaysia. Buku Melaka Sketching through Experience yang ditulis oleh Mohd Fairuz Shahidan, Faziawati Abdul Aziz dan Mohd Fabian Hasna (Fakulti Rekabentuk dan Senibina) memenangi kategori Buku Ilustrasi Terbaik. Manakala buku Discovering 100 Birds of Universiti Putra Malaysia hasil karya Muhammad Syafiq Yahya, Chong Leong Puan, Zulkifli Ishak, Salleh Seikh Ibrahim, Sharifah Nur Atikah dan Mohamed Zakaria Hussin (Fakulti Perhutanan) merangkul anugerah bagi kategori Buku Mewah Terbaik.

Para pemenang menerima plak dan sijil yang disampaikan pada Majlis Anugerah Buku Negara 2017 yang diadakan pada 2 Mei 2017 di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Anugerah Buku Negara adalah anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara yang diadakan setiap tahun. Objektif anugerah ialah untuk mengiktiraf dan menghargai warga penulis tanah air serta memberikan suntikan serta galakan kepada para penulis, penerbit, editor buku dan pereka seluruh negara. Kedua-dua buku ini boleh didapati di Penerbit UPM.

   

 

Updated:: 18/07/2017 [lanjoy2006@g.mail.com]

MEDIA SHARING

UPM Press
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468855
0389416172
C1506422877