Perutusan Pengarah | PENERBIT UPM
» MENGENAI KAMI » Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Pusat Penerbit UPM.

Penerbit UPM telah ditubuhkan bagi menyokong matlamat UPM menjadi Universiti Penyelidikan yang terkemuka di Malaysia. Penerbit UPM berusaha ke arah pemerkasaan dan pemantapan minda, kognitif dan keilmuan yang tinggi. Ini adalah selaras dengan tuntutan Al Quran iaitu Tatadabbarun dan Tatazakkarun. Penerbit UPM turut komited ke arah membangun dan membina Tamadun Negara ke tahap yang tinggi serta memberikan kesedaran kepada semua pihak akan pentingnya budaya perbukuan dan keilmuan dalam kalangan masyarakat.

Sebagai Pengarah, besarlah harapan saya agar Penerbit UPM memperbanyakkan genre penerbitan tanpa mengabaikan fokus utama dalam penerbitan ilmiah berasaskan penyelidikan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang bermutu tinggi. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua staf Penerbit UPM yang telah bekerja keras selama ini dalam mengekalkan kualiti penerbitan selama ini. Adalah diharapkan agar usaha-usaha penerbitan ilmiah ini dapat disalurkan kepada seluruh masyarakat. Saya juga turut mengalu-alukan cadangan serta pandangan supaya menjadi sumber rujukan berguna buat warga Penerbit UPM.

Penerbit UPM akan terus bekerja demi memartabatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan penghasilan karya-karya yang menarik, bermanfaat, bermutu dan berkualiti.

Naik beca ke rumah Pak Uda,

Beli ciku untuk dijamu;

Budaya membaca merangsang minda,

Tanpa buku luputlah ilmu.

 

 

PROF. Ir. Ts. Dr. MOHAMED THARIQ BIN HAMEED SULTAN

Pengarah

Pusat Penerbit Universiti

Universiti Putra Malaysia

 

Kemaskini:: 26/07/2021 [marlina_is]

PERKONGSIAN MEDIA

SXERGAw~