Ayer Keroh, 20 Mac– Yayasan Pembangunan Buku Negara dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN Negeri telah menganugerahkan YBHG PROF EMERITUS DATO' DR. IBRAHIM KOMOO Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia sebagai TOKOH ILMUAN DAN KEPIMPINAN YANG PROLIFIK. Anugerah ini adalah bersempena Anugerah Buku Negara dan Pelancaran Kelab Penulis yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Auditorium JKKN Negeri Melaka. Penganugerahan ini diberikan atas sumbangan dan peranan utama YBhg Prof Emeritus Dato’ dalam pembangunan buku dan industri kreatif negara.
Tarikh Input: 21/03/2023 | Kemaskini: 05/04/2023 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor