17 Ogos 2022 – Pusat Penerbit UPM telah menghadiri ‘Seminar Kewangan: Ringgit Dijaga Keluarga Sejahtera’ pada 22 Julai 2022 (Jumaat) bertempat di Agroteks Garden Resorts, Hulu Langat, Selangor. Seminar ini dianjurkan oleh Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM di mana seminar ini diformulasikan secara sistematik menerusi modul khas AKPK.
Objektif utama seminar ini ialah memberi pendedahan dan kemahiran khusus dalam perancangan kewangan serta penilaian keputusan kewangan.
Seminar ini dihadiri oleh oleh Encik Muhammad Firdaus Md Jufry dan Encik Mohd. Faiz Mohammad sebagai wakil Pusat Penerbit UPM.
Tarikh Input: 06/09/2022 | Kemaskini: 06/09/2022 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor