PERSIDANGAN BUKU ANTARABANGSA 2022, EKSPO BUKU MALAYSIA, ANUGERAH BUKU NEGARA DAN FORUM KELAB PENULIS | PENERBIT UPM
» BERITA » PERSIDANGAN BUKU ANTARABANGSA 2022, EKSPO BUKU MALAYSIA, ANUGERAH BUKU NEGARA DAN FORUM KELAB PENULIS

PERSIDANGAN BUKU ANTARABANGSA 2022, EKSPO BUKU MALAYSIA, ANUGERAH BUKU NEGARA DAN FORUM KELAB PENULIS

31 Ogos 2022 – Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersama Universiti Putra Malaysia serta Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menganjurkan Persidangan Buku Antarabangsa 2022, Ekspo Buku Malaysia serta Anugerah Buku Negara dan Forum Kelab Penulis pada 22 - 25 Ogos 2022 (Isnin - Khamis) pukul 10.00 pagi – 6.00 petang bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman telah menyampaikan ucapan pembukaan pada hari pertama program ini berlangsung, seterusnya dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengajian Tinggi, YBhg. Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Program yang berlangsung secara meriah ini telah dihadiri seramai 300 peserta yang terdiri dari semua pemain industri perbukuan dan karya kreatif negara.

Tarikh Input: 06/09/2022 | Kemaskini: 06/09/2022 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXDdDAU~