PENERBIT UPM TEROKAI PASARAN BUKU INDONESIA | PENERBIT UPM
» BERITA » PENERBIT UPM TEROKAI PASARAN BUKU INDONESIA

PENERBIT UPM TEROKAI PASARAN BUKU INDONESIA

JAKARTA 3 Sept: Penerbit UPM telah menyertai Indonesia International Book Fair 2019 (IIBF 2019) yang berlangsung dari 4 hingga 8 September 2019 di Hall A, Jakarta Convention Centre.

IIBF merupakan acara tahunan pameran buku antarabangsa yang diselenggarakan oleh Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI).

Penyertaan Penerbit UPM kali ini adalah bersama-sama dengan delegasi dari Malaysia yang diketuai oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Peserta delegasi yang lain terdiri daripada penerbit anggota MAPIM iaitu UKM, UTM, UIA, UUM, USIM, UMT, UMS, UNIMAS, UPNM, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kolej Universiti Poly-tech MARA.

Penerbit UPM diwakili oleh Mohd Rusdy Hasan, Pegawai Penerbitan Kanan (Pemasaran), Nor Azila Azmi, Pegawai Penerbitan Kanan (Editorial) dan Nur Ain Jumari, Penolong Pegawai Penerbitan (Pemasaran).

Penyertaan Penerbit UPM dalam pameran buku antarabangsa seumpama ini sangat penting dalam mengetengahkan hasil penerbitan UPM di peringkat global.

Sambutan yang diterima daripada pengunjung pesta buku sangat menggalakkan dengan beberapa judul terbitan Penerbit UPM dan penerbit lain berjaya dijual.

Selain pameran dan jualan buku, IKAPI dengan kerjasama Badan Ekonomi Kreatif (Bekraf) turut menganjurkan Indonesia Partnership Program (IPP) yang bertujuan untuk membina rangkaian kerjasama penerbitan dan perdagangan hak cipta di antara penerbit Indonesia dan penerbit antarabangsa dari Malaysia, Singapura, Thailand, China, Mesir, Jerman, Filipina dan Korea Selatan.

TYT Tuan Zainal Abidin Bakar, Duta Besar Malaysia ke Indonesia turut mengadakan kunjungan ke Reruai Malaysia pada 5 September 2019.

Aktiviti lain yang turut disertai oleh delegasi Malaysia adalah perbincangan dengan pihak Asosiasi Penerbit Perguruan Tinggi Indonesia (APPTI), Publishing Insight Seminar “Success Stories and Step Paths in Rights”, lawatan ke Politeknik Negeri Media Kreatif (POLIMEDIA), serta lawatan di bawah program IPP ke Gramedia, Yayasan Obor dan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia.

Usaha sebegini perlu berterusan dan dipergiatkan lagi agar karya ilmiah dari Malaysia yang terbukti berkualiti mampu mendapat tempat dalam pasaran buku antarabangsa.

Tarikh Input: 19/09/2019 | Kemaskini: 06/07/2020 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEQWAu~