MAPIM DAN BIG BAD WOLF 2019 | PENERBIT UPM
» BERITA » MAPIM DAN BIG BAD WOLF 2019

MAPIM DAN BIG BAD WOLF 2019

Bersempena dengan Pameran Big Bad Wolf (BBW) 2019 yang bakal berlansung dan keperluan penglibatan MAPIM secara khusus satu taklimat  telah diadakan pada 19 Ogos 2019 di Bilik Mesyuarat Senat KPU, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang, Pahang. Penerbit UPM yang merupakan ahli MAPIM telah menghantar dua orang wakil daripada Seksyen Jualan & Pemasaran untuk menghadiri taklimat ini. Mereka ialah En. Mohd. Rusdy Hassan, Ketua Seksyen Pemasaran dan En. Muhammad Hadhrami Arshad, Pembantu Penerbitan Pemasaran.

Tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk menyelaras penyertaan ahli MAPIM, menggalakkan penglibatan lebih banyak ahli MAPIM dalam pameran ini, meningkatkan segmen buku ilmiah dalam BBW dan pendedahan mengenai konsep BBW dan cara kerja BBW.

Sehingga hari ini, tarikh pameran Big Bad Wolf 2019 ialah pada 6-16 September 2019 di Perak dan 10-20 Oktober 2019 di Melaka. Pameran ini dirancang akan diadakan di setiap negeri dan maklumat berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tarikh Input: 28/08/2019 | Kemaskini: 06/07/2020 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXETXA6~