Lawatan Kerja Dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Malaya | PENERBIT UPM
» BERITA » Lawatan Kerja dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Malaya

Lawatan Kerja dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Malaya

22 April 2021 - Pusat Penerbit UPM telah menerima kunjungan lawatan kerja dari Unit Pembangunan Perniagaan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Malaya pada 16 April 2021.

Objektif utama lawatan ini ialah untuk menambah pengetahuan dan saling berkongsi ilmu mengenai proses kerja dan model perniagaan yang dijalankan di Pusat Penerbit UPM.

Seramai tiga orang pegawai dari Universiti Malaya menyertai lawatan ini yang diketuai oleh Dr. Nordiana Mohd. Isa (Jurutera Awam), En. Ibrahim Ahmad Nasir (Arkitek) dan En. Musa Mohd. Amin (Penolong Pegawai Senibina).

Pegawai Pusat Penerbit UPM yang terlibat dalam lawatan ini ialah En. Abd. Razak Ahmad, Pn. Fatimah Abdul Samad, Pn. Nor Baizura Zamri, Pn. Herzadawati Mohd. Amjah, En. Muhammad Arif Sambudin, Pn. Dianna Watty Ibrahim dan Cik Nur Shafiqah Aminuddin.

Delegasi juga turut meluangkan masa berkunjung ke Kedai Buku Penerbit UPM untuk melihat aktiviti pemasaran dan jualan buku yang dilaksanakan.

 

Tarikh Input: 30/04/2021 | Kemaskini: 30/04/2021 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXETPAp~