13 Februari 2023 – Bazaar Buku Kedah 2023 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari bermula 26 Januari 2023 sehingga 30 Januari 2023 bertempat di Pacific Star Parade, Alor Setar, Kedah.
20 reruai pameran buku disediakan untuk Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan juga penerbit buku lain telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Beberapa program serta acara pentas turut diadakan bagi memupuk budaya minat membaca dalam kalangan orang ramai serta bahan bacaan menarik yang dijual pada harga istimewa juga telah berjaya menarik minat para pengunjung.
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur.
Tarikh Input: 17/02/2023 | Kemaskini: 17/02/2023 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor