AKTIVITI EKSA – SEKSYEN PENERBITAN JURNAL | PENERBIT UPM
» BERITA » AKTIVITI EKSA – SEKSYEN PENERBITAN JURNAL

AKTIVITI EKSA – SEKSYEN PENERBITAN JURNAL

15 Ogos 2022 – Seksyen Penerbitan Jurnal, Pusat Penerbit UPM telah mengadakan sesi aktiviti EKSA (Ekosistem Kondusif Sekor Awam) pada 17 Jun 2022 (Jumaat) bertempat di Pejabat Penerbitan Jurnal, Pusat Penerbit UPM. EKSA merupakan penjenamaan semula bagi pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S UPM bermula pada tahun 2021.

Objektif utama aktiviti ini ialah bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Ini adalah selari dengan moto EKSA iaitu ‘Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti’.

Aktiviti ini disertai oleh semua staf Seksyen Penerbitan Jurnal seramai 11 orang dan terdiri dari Pegawai Penerbitan, Penolong Pegawai Penerbitan, Pembantu Penerbitan, dan Pegawai Eksekutif.

 

Tarikh Input: 17/08/2022 | Kemaskini: 17/08/2022 | ms_arif

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXDcVAc~