Wabak Influenza | PENERBIT UPM
» ARTIKEL » Wabak Influenza

Wabak Influenza

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

MAKLUMAN DAN NASIHAT BERKENAAN PENINGKATAN KES INFLUENZA LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) DI SELURUH NEGARA

 

  1. Peningkatan kes berkaitan ILI dan SARI telah dibawa ke pengetahuan masyarakat pada hujung Disember 2019.

 

  1. Pada 4 Januari 2020 Kenyataan Akhbar KPK, KKM terdapat peningkatan kes Influenza Like Illness (ILI) terutamanya dikalangan kanak-kanak dibawah 5 tahun.

 

  1. Pusat Kesihatan Universiti (PKU) melaksanakan pemantauan terperinci berkaitan trend kedatangan berkaitan gejala penyakit di atas sejak kes dilaporkan.

 

  1. Statistik kedatangan pelanggan ke PKU didapati meningkat berdasarkan gejala-gejala penyakit ILI. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kes kritikal yang dirawat dan dirujuk oleh PKU.

 

  1. PKU mengaktifkan kaunter triage (saringan) untuk kenalpasti lebih awal pelanggan yang berisiko.

 

  1. Menyediakan bilik konsultasi khas bagi merawat pesakit yang mempunyai risiko bagi mengurangkan jangkitan kepada pelanggan lain.

 

  1. Memastikan Pegawai Perubatan lebih peka dalam memberi rawatan kepada kanak-kanak dan memastikan mematuhi Clinical Practice Guideline yang ditetapkan.

 

  1. Memastikan semua pengamal perubatan dan paramedik mengendalikan pesakit dengan menggunakan Personal Protective Equipment(PPE) yang lengkap dan memastikan langkah-langkah kawalan jangkitan penyakit yang sedia ada adalah dipatuhi sepanjang masa.

 

  1. Warga kampus dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah seperti di bawah:
    • Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;

    • Mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat;
    • Digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara;

 

  1. Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk mengamalkan perkara berikut:

    • Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan;

    • Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah;

    • Mengelakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain;

    • Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk /sakit tekak yang berterusan.

Tarikh Input: 08/01/2020 | Kemaskini: 08/01/2020 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXDdVAz~