SESI BEDAH BUKU – ‘PANTUN TEKA TEKI FIKIR DAN TAFSIR’ | PENERBIT UPM
» ARTIKEL » SESI BEDAH BUKU – ‘PANTUN TEKA TEKI FIKIR DAN TAFSIR’

SESI BEDAH BUKU – ‘PANTUN TEKA TEKI FIKIR DAN TAFSIR’

8 Ogos 2022 - Pusat Penerbit UPM akan menganjurkan Sesi Bedah Buku bagi buku terbitan baharu Pusat Penerbit UPM berjudul Pantun Teka-Teki Fikir dan Tafsir pada 9 Ogos 2022 (Selasa) pukul 3.00 petang.

Objektif utama sesi ini ialah untuk memberi promosi awal, menyebar luas pasaran buku dan memberi peluang kepada pengarang serta ilustrator buku bagi menyampaikan hasrat juga harapan dalam penerbitan buku ini.

Sesi Bedah Buku ini akan dikendalikan oleh Puan Dianna Watty Ibrahim dari Pusat Penerbit UPM sebagai moderator. Manakala pembicara pula terdiri daripada Encik Azimin Daud selaku pengarang buku serta Encik Mohd. Akbar Omar selaku ilustrator buku. Sesi ini akan diadakan di Kedai Buku Pusat Penerbit UPM dan juga akan disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi Pusat Penerbit UPM.

Buku ini juga akan dilancarkan bersempena ‘Ekspo Buku Malaysia dan Persidangan Buku Antarabangsa’ yang akan diadakan pada 22 Ogos 2022 sehingga 25 Ogos 2022 oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.  

Pratempahan bagi buku ini dengan harga RM48 akan dibuka daripada 9 Ogos 2022 sehingga 22 Ogos 2022 yang boleh dibuat melalui imbasan kod QR atau bagi sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor telefon 03-9769 8851.

klik LIVE untuk menonton.

 

 

Tarikh Input: 09/08/2022 | Kemaskini: 09/08/2022 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXETGAF~