Selamat datang ke isu pertama 2023 untuk Pertanika Journal of Science and Technology (PJST). PJST adalah jurnal akses terbuka dalam bidang Sains dan Teknologi yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM). Isu ini merangkumi sebanyak 35 artikel jurnal; termasuklah lapan ulasan artikel; sat kes kajian; satu artikel ringkas dan 25 artikel. Pengarang bagi artikel-artikel dalam isu ini berasal dari pelbagai negara iaitu Afghanistan, Bangladesh, China, India, Indonesia, Iran, Japan, Kingdom of Bahrain, Lesotho, Malaysia, Nigeria, Pakistan, Philippines, South Africa dan Zimbabwe. Semua artikel jurnal yang diterbitkan dalam edisi ini telah melalui penapisan editorial dan proses persawitan sekurang-kurangnya 2 pakar dalaman dan luaran yang dilantik oleh pihak Pertanika.
Tarikh Input: 06/01/2023 | Kemaskini: 06/01/2023 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor