Bagi mengenang jasa dan menyatakan kebanggaan warga UPM terhadap beliau, maka lahirlah sebuah buku kumpulan puisi khas bagi Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris bertajuk “TERIMA KASIH, SRIKANDI” hasil olahan warga UPM sendiri iaitu Dr. Lim Swee Tin dan Encik Zainal Abdul Kadir. Bagi memudahkan capaian buku berprestij ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, maka Penerbit UPM dengan sukacita mengambil inisiatif membuat kod QR untuk memudahkan rangkaian capaian kepada warga UPM khususnya untuk mendapatkan buku tersebut. MEMBELI SAMBIL BERWAKAF. Hasil daripada pembelian buku puisi ini; 30% akan diwakafkan ke Pusat WAZAN UPM.
Tarikh Input: 17/08/2020 | Kemaskini: 17/08/2020 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor